Selamat datang ke laman web rasmi Seksyen Pengurusan Am & Aset, Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Tuesday, 26 July 2011
Monday, 25 July 2011
Kejohanan Futsal Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Kuching
Pada 24 Julai yang lepas (ahad) telah berlangsung satu Kejohanan Futsal anjuran Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Kuching di Padang Futsal Stakan. 4 anggota seksyen ini telah dilantik untuk bersama mengurus dan menyelia sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Disamping itu juga, 2 anggota (Sedeque Sayu & Rosbie Saili) dari sub-unit Bilik Fail turut sama bertanding mewakili pasukan Green Hornet yang rata-ratanya anggota Pejabat Pengarah JKN Sarawak.
Thursday, 21 July 2011
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti yang cekap, tepat dan penuh tanggungjawab kepada pelanggan kami beteraskan ciri-ciri seperti berikut :-
- Layanan yang mesra kepada pelanggan.
- Cepat dan tepat dalam semua tindakan.
- Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi.
- Menepati undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Adil dan saksama dalam pertimbangan.
UNIT PENGURUSAN AM
Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sebanyak 4 kali setahun dengan cekap, teratur dan sempurna serta mematuhi masa dan peraturan pentadbiran yang ditetapkan.
Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Mesyuarat Pengarah Negeri Bersama Ketua-Ketua PTJ ( 5 Dalam 1) sebanyak 4 kali setahun dengan cekap, teratur dan sempurna serta mematuhi masa dan peraturan pentadbiran yang ditetapkan.
Memastikan lawatan tetamu rasmi kerajaan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diuruskan
secara cekap, tepat dan teratur serta layanan yang mesra dan sopan santun.
Memastikan urusan penggunaan kenderaan rasmi jabatan diuruskan dengan cekap dan teratur setelah menerima tempahan tiga (3) hari sebelum penggunaan.
Memastikan surat-surat yang diterima dikendalikan / diposkan seperti berikut :-
Surat pos laju / segera diposkan pada hari yang sama.
Surat biasa dipos dalam masa selewat-lewatnya 2 hari.
Surat yang diterima diedarkan kepada pegawai dalam masa selewat-lewatnya 2 hari.
Melaksanakan program “Perhimpunan Pagi” sebanyak 12 kali setahun.
Melaksanakan dengan teratur semua Mesyuarat tetap tahunan seperti yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak
UNIT ASET
Menyediakan Laporan Suku Tahun, Setengah Tahun dan Laporan Tahunan untuk urusan Aset mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Laporan Harta Modal & Inventori
- Laporan Pemeriksaan Harta Modal & Inventori
- Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan
- Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib
- Laporan Kedudukan Aset Alih Kerajaan
- Laporan Kebenaran Penerimaan Hadiah
- Laporan Kedudukan Stok
- Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor
- Laporan Keseluruhan Pengurusan Stor
- Laporan Pelupusan Stok
- Laporan Kehilangan dan Hapuskira Stok
Memastikan urusan Permohonan Pelupusan Aset Alih Kerajaan diluluskan oleh Pengarah JKNS dengan cepat dan efisien:-
1 bulan untuk permohonan bagi aset dengan nilai perolehan tidak melebihi RM 10,000 setiap satu atau tidak lebih RM 100,000.00 jumlah keseluruhan.
5 bulan untuk setiap permohonan bagi aset yang nilai perolehan melebihi RM 10,000.00 seunit
Mengurus Permohonan Kebenaran Penerimaan Hadiah dalam tempoh 3 bulan dengan permohonan lengkap.
Mengurus dan memproses kehilangan Aset Alih Kerajaan dalam tempoh 6 bulan dengan permohonan yang lengkap.
Info 1
yang perlu anda tahu :
Seksyen Pengurusan Am & Aset terdiri daripada 2 unit utama dan 4 sub-unit yang bernaung di bawah Program Pengurusan diketuai oleh Tn Hj. Ahmad b. Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.
Unit Pengurusan Am
i. Sub-Unit Pentadbiran Am
ii. Sub-Unit Khidmat Pelanggan & Pengangkutan
iii. Sub-Unit Registri & Fail
iv. Sub-Unit Keselamatan
Unit Pengurusan Aset
Subscribe to:
Posts (Atom)

