Dukacita dimaklumkan ayahanda En. Aikhsan Wapir Saminan telah kembali ke Rahmatullah jumaat yang lalu (13 Januari 2012). Sama-sama kita doakan kepada Allahyarham & semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Selamat datang ke laman web rasmi Seksyen Pengurusan Am & Aset, Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Sunday, 15 January 2012
Monday, 9 January 2012
Gotong Royong Seksyen
satu aktiviti gotong royong telah diadakan pada hari sabtu yang lalu dalam persiapan untuk berpindah ke pejabat yang baru :)
Pelaburan Jangka Panjang :)
![]() |
| Kijang Emas |
Tuesday, 3 January 2012
Utusan Tahun Baru
saya mewakili seluruh warga kerja Seksyen Pengurusan Am & Aset ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelanggan setia kami :)
Semoga tahun ini lebih sukses dari tahun yang sebelumnya dan lebih gemilang untuk mencapai azam dan matlamat masing-masing.
Pembaharuan demi pembaharuan pada laman ini akan dilakukan dari semasa ke semasa dalam mempertingkatkan penggunaan sepenuhnya sebagai medium perantaraan kami bersama pelanggan sekalian. Ia akan bercorak lebih santai di mana pelbagai perkongsian akan dipaparkan untuk info dan selingan.
Sebarang idea atau kritikan diterima dengan terbuka ;)
akhir kata, selamat berkhidmat!
Friday, 23 December 2011
Rangkuman Terkini
Pihak pengurusan blog memohon maaf atas kelewatan mengemaskini laman sesawang ini. Segala masalah yang timbul amatlah dikesali. Walau bagaimanapun, berikut merupakan rangkuman terkini buat tatapan pembaca sekalian :)
Pn. Carolina Ningo, ketua Seksyen Pengurusan Am & Aset telah selamat melahirkan Muhammad Aimy pada 10 September 2011 yang lalu. tahniah diucapkan :)
seterusnya, beberapa orang bujang dan dara dari seksyen ini baru melangsungkan perkahwinan masing2 pada tahun ini.
![]() |
| syikin & raden |
![]() |
| dyg ramijah & ramzi |
![]() |
| wafir & ira |
![]() |
| linet & rijoe |
tahniah di ucapkan sekali lagi :) seterusnya lagi, seksyen ini telah mengadakan mesyuarat yang terakhir bagi tahun 2011 pada 15 Disember yang lepas di Bilik Rajawali, JKN Sarawak. Pelbagai isu dan masalah dikupas untuk penambahbaikan dalam tugas2 harian :)
![]() |
| mesyuarat seksyen :) |
Sunday, 4 September 2011
Perutusan Ketua Seksyen Pengurusan Am & Aset
Assalamualaikum wbt...Salam Ramadhan...Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada semua anak buah di Seksyen Pengurusan Am & Aset dan juga kepada semua warga JKNS. Jemput datang ke rumah raya tok...cuti-cuti juak..tanggungjawab n kerja mesti beres dolok dengan sempurna...baruk hati senang nak beraya...take care dan berhati-hati di jalanraya...sentiasa bertimbang rasa dan jangan pentingkan diri sendiri...ikhlas dalam semua yang maok dipolah..pasang niat yang baik dalam hati insyallah semuanya akan berjalan dengan baik juak kelak...insyallah...
| Pn. Carolina & Pn. Maria |
Subscribe to:
Posts (Atom)








